Hari lahir yg membosankan.
Aku bangun seawal 7.30 pagi. Check phone, ada beberapa miss call dari Seyha and 2-3 ketul message yg mengucapkan 'Happy Birthday'. Selepas penat bertweet seorang diri di Twitter,aku ambil keputusan untuk mandi lepas tue pergi melantak. Aku melantak sorang pun takpa sebab aku agak member aku tue mesti tengah berjimba di bandar.
Lepas mandi, dapat message member aku yang aku sebut tadi ajak makan. Siap-siap terus pergi makan. Macam biasa menu aku kalau lunch makan kentang yang entah masak apa dengan telur masin. Well,aku lebih prefer telur masin dari ayam goreng masin. Erk!
Habis makan, balik bilik dan bermula aktiviti kebosanan aku gara-gara hari nie takdak kelas. Yang menariknya, esok pulak aku kelas straight sampai 5 jam. Bijaksana betul lecturer aku sem nie.
Seronok betul jadi member aku yang tadi sebab ada kawan yang berkereta dan dia boleh ajak pergi mana-mana sahaja. Plus,untung dia berduit sama. Bukan macam aku nie. Kalau nak keluar pun,kena fikir belanja yang keluar kalau sewa kereta la, beli barang keperluan la,beli barang ikut nafsu la. Ergh.
Sekarang dah hampir pukul 5 petang. Ulangtahun kelahiran aku akan berakhir lebih kurang 7 jam lagi. Well,setakat ini tiada seketul hadiah pun yang aku dapat (tak berharap pun sebenarnya) dan member seuniversiti aku pun hanya seorang sahaja yang wish. Oh,confirm la tak masuk list 'Kawan Sampai Mati' aku tue. Member sekolah yang satu geng dengan aku dan bersama dengan aku selama 5 tahun pun tak wish apatah lagi member seuniversiti. Mestilah mereka-mereka itu tidak ingat,bukan?
Kalau aku membebel kat sini pun, aku tak mampu berpatah balik pada jam 12 tengah malam semalam semata-mata berharap wish akan terjadi dengan lebih banyak. Ah,kemerapuan seketika di sini.
Pengajaran yang aku dapat hari nie, 'Hari lahir aku setiap tahun sangat bosan'. Mungkin kalau tak nak bosan tunggu hari mati la jawabnya. Sekian.
NotaKaki : At least dapat kek sekeping sebagai kek hari lahir pun jadi la.Hmm. Childish la aku nie.
No comments:
Post a Comment