20 Feb 2013

Happy Birthday To Me

Selamat hari tua utk diri sendiri yg dah ke-21. Ya,aku dah boleh apply rebat smartphone dah sekarang. Oh tak lupa juga mengundi.

Sebenarnya aku lupa yg hari nie birthday aku sampai la 10 minit sebelum pukul 12, aku ternampak member aku wish birthday utk kawan dia dekat twitter. Lepas tue,terus aku tengok tarikh. Hahaha,besok pun birthday aku rupanya. Nyanyuk tahap apa dah.

Tak ramai yg wish aku. Well, setiap tahun aku memang mcm nie. Tak hebahkan sangat pasai birthday sebab nak tengok siapa yg ingat aku memang betul-betul 'kawan sampai mati' la kan. Orang first yg wish confirm la Mr. Z kan. Aku tak harap pun dia wish disebabkan aku pun dah takdak hati dekat dia so depends la dia nak  ingat ke tak. Orang nombor 2, Mad yg aku anggap macam abang aku. Lama jugak la aku kenal dia sejak aku putus dgn first love aku. Nombor 3. Seyha member aku kat sekolah merangkap geng aku. Aku tak angkat call dia sebenarnya sbb dah terlena masa tue. Sori Seyha. Nombor 4, Ecah member seuniversiti aku. First time dia wish aku lepas hampir 2 tahun kat sini. Aku rasa dia ingat pun sebab birthday kami dekat kot. Hehehe. Next, abah aku. Aku dapat SMS dia pukul 6 pagi. Then, member sekolah merangkap matrik, Cik Ziti. Eh,kalau Celcom hantar SMS hari jadi pun kira sekali tak?

See,setakat pukul 8 pagi nie, hanya 6 orang ja yg wish aku. Aku rasa kejap lagi mak pulak yang call say 'Happy Birthday' kat aku. Well,aku tak kisah dapat hadiah ke tak utk birthday nie sbb aku rasa seumur 21 tahun aku hidup nie,baru 2-3 kali aku terima hadiah. Sadis nyaaaaaaa.

Aku harap aku dapat wish kawan-kawan aku hari nie utk aku masukkan mereka dalam list 'Kawan Sampai Mati' aku. Aku tak kisah pasai hadiah tapi aku rasa terharu kalau ada yg ingat hari nie birthday aku dan wish. Eh,macam berharap ja aku nie.

NotaKaki : Hari ini aku takdak kelas utk meraikan seorang diri birthday aku.

No comments: