20 Feb 2013

Cerita Lain Tentang Orang Lain

Blog baru bukak,mood menulis kemain malas.Haha.

OK, dah 3 hari aku mula sem 4 dekat Uni nie. Sekarang minggu 'add-drop' subjek. Disebabkan sem nie aku kena ambik satu elektif, tue pon aku rasa berat kemain nak ambik subjek apa.

Biar aku bagitau apa dilema setiap kali minggu pra pendaftaran kursus dgn minggu 'add-drop' nie.

Uni aku tak banyak tawarkan subjek utk students. Even fakulti aku pun tak banyak kursus yg ditawarkan. Masa minggu pra-pendaftaran, aku ambik course 'Seaweed Cultivation'. Truthfully, pakai ambik ja sbb member semua ambik subjek nie.Lagipun terhad utk 10 org bagi Tahun 2 sahaja. Aku taktau pun subjek nie mcm mana. Satu ja kelemahan aku. Kalau apa-apa, semua ikut member. Takdak pendirian tetap langsung. Sedih gila jadi aku nie.

So,lepas habis minggu 'perebutan' kursus tue, aku rilek la sbb nak tumpu final exam yg kurang dari sebulan lagi. Dah la result mcm celaka ja. Turun mendadak kot result aku. Nearly 1.0 jugak la. Nak salahkan 'org gila' tue tak boleh jugak la. Sem 3 aku asyik main banyak sangat. Merapu pun banyak jugak la.

Lepas habis exam dan selesai cuti sebulan, kembali lah aku ke Uni terchenta nie. Masuk ja Uni, mula la minggu 'add-drop' subjek. Disebabkan aku dah ambik kursus Seaweed tue, aku tak risau sgt la sbb dah ada elektif. Kerisauan aku bermula bila hari kedua start kuliah.

Member aku, si A call la aku kata dia risau nak ambik Seaweed nie sbb ramai kata susah. Aku mulanya dah fikir mcm tue jugak masa sem lepas. Tapi buat bodoh je la sbb pikir bukan aku sorang je 'go through' semua nie. Dia kata ada member laki cakap subjek nie susah la. So,member laki tue suruh ambik kursus yg sama dgn dia. Aku masa tue dgn rasa mcm terpengaruh dgn apa yg dikatakan,aku pon kata la yg aku akan add course yg budak laki ni syorkan.Tapi disebabkan lebih jam kredit,aku biarkan dulu sbb nak tengok dulu Seaweed nie mcm mana pembelajarannya.

Malam aku tengah lepak dengan member, aku dapat SMS daru si A nie. Dia kata sedih gila tengok pelajar yg apply Seaweed nie 15 orang dari 50 orang. Aku masa tue macam annoying dah. Eh, dia nie dah kenapa kan. Aku pun balas message tue ala-ala je.

Besoknya tue, pergilah perjumpaan untuk briefing pasal Seaweed nie. Perghh, rasa lemah sekejap sebab dengan ada mini projek, report tahap FYP dan segala benda lagi. Masa nie keserabutan dah. Dalam hati, aku rasa nak drop je subjek nie. Tapi subjek lain ada ke nak terima student lagi. Tak banyak pilihan yg ada untuk aku enroll masuk. Masa nie la si A nie tanya member lain, 'Eh,korang nak ke belajar subjek nie. Dengar kata susah'. Diorang pun geleng kepala. Si A nie meneruskan, ' Aku rasa subjek tut tut ada kosong lagi. Cuba la enroll'.

Di kala itu, aku rasa annnoying yang terlampau. Eh, dah kau nak keluar kenapa nak ajak orang lain pulak. Pergi la sengsorang kau keluar dgn kekasih hati kau tue. Well, aku rasa another reason dia nak keluar tue pun sebab 'pakwe' dia pun enroll elektif yg sama. Oh,mungkin bukan pakwe dia yg enroll tapi dia yg enroll kan.

Aku rasa kalau aku cerita pasal dia dgn 'pakwe' dia nie, boleh naik satu entry pulak. Kesimpulan cerita aku di sini, aku sesaja tulis sebab nak lahirkan rasa tak puas hati aku dekat si A. Dia macam menyebarkan cerita tue macam benda tue parah sangat. OK,kalo nak masuk course lain, dipersilakan la. Tapi jangan nak ajak orang lain sama sebab kau takdak sesapa dalam kelas tue nanti melainkan member sorang lagi and 'pakwe' kau tue. Eh, dah macam mengumpat pulak aku nie. Well,aku rasa dia pun ada mengumpat aku jugak belakang dia.

Dengan ini, sekian hasil tulisan aku yang serba membosankan.

NotaKaki : Aku hanya manusia yang berhati busuk sebab mengutuk kawan sendiri. Hipokrit sungguh.


No comments: