15 Mar 2013

Aku Menyampah Manusia Ini

Minggu nie agak parah bagi aku.Kena siapkan report jurnal yg setebal 10-15 muka surat, Stay dekat lab Pembenihan 3 hari 2 malam, siapkan report lagi 2 ketul. Aku rasa 24 jam pun tak cukup sekarang nie.

Aku dah spend masa sehari dekat Lab Benih dan tinggal lagi 2 hari utk habiskan lab yg aku rasa stress sangat nie.Bukan stress sebab lab tu tapi pasal orang di dalamnya walaupun orang tue kawan aku sendiri.

Hari pertama pun dah mula tunjuk kegedikan.Mentang-mentang la BFF dia tue ada,semakin galak dia. Encik Lab tue pun macam sabar je la dengan dia. Bajet cakap lawak lucah,orang lain akan tergelak la?Bajet cakap lucah,orang lain akan suka dekat dia la?Aaaah,menyampahnya aku. Dah la aku tengah stress waktu macam nie.

Masa nak ambik ikan keli tu pun,dia paling lama nak tangkap. Tergedik-gedik,habis masa kat situ ja. Lepas tue,apa dia pikir even yang tak patut dipikirkan pun,dia main cakap ja. First time aku rasa annoying teruk mcm nie.

Lepas tue,masa tangkap induk,perli aku kata,'Kau berani,pegang la'.Cis,aku bukannya berani sangat tapi aku takda la tergedik-gedik nak menangkap seekor ikan tue pun.Serius menyampah.

Lepas tue,apa-apa pun,asyik suruh aku dengan seorang lagi member aku.Yang seorang lagi tu,nanti la pulak aku story mory pasal perangai dia.

Pagi nie,aku taktau la macam mana. Dia kata semalam nak bawa teddy-bear dia yang sebesar manusia tue pergi lab sebab malas bawak bantal.Rasa-rasa siapa yang bangang sekarang?Dari beratkan diri bawa bear tue,baik bawa bantal yang jauh lebih ringan. Serius mcm orang bodoh yg tak pernah dapat,tak pernah pegang bear besar.Aku bukan peminat bear dan aku boleh kata macam nie.

Aku tak cemburu langsung dengan dia.Memang la dia lebih bijak dari aku tapi kadang-kadang aku rasa dia lagi bodoh pun ada jugak.Aku tak dapat bayangkan mcm mana nak siapkan lab report Benih nie dengan dia. Dia kalau dengan BFF dia tue memang tak jadi kerja.Serius aku cakap.

Aku cerita mcm nie sebab aku rasa its improper la orang tengah mengajar kat depan,ada orang sembang kat belakang,cakap lucah.Itu ikan,adik-adik.Bukan manusia.Nampak besar dari aku tapi otak letak kepala lutut.

Aku tinggal sejam lagi sebelum bertolak pergi lab.Doakan aku tabah duduk dengan manusia annoying macam nie.Amin.

NotaKaki : Aku stresssssssss dengan Dr. Diyana.

10 Mar 2013

Sekadar Luahan Hati

Seronok mereka pergi ke Melaka. Ada mereka mengajak aku tapi kerana kekangan kelas,aku terpaksa menolak.Hmmm

Tengok mereka mengupload gambar di Facebook mahupun Twitter, sedikit pun tak timbul rasa cemburu. Melihat mereka mengupdate status di Facebook dan tweet di Twitter, rasa tak terkesan pun walau mereka mengatakan mereka sedih aku tiada. Aku rasa mereka perli aku agaknya.

Mereka rakan rapat semasa di sekolah menengah. Tapi aku nak masuk kepala dengan mereka macam kurang sikit. Mereka cantik,stylo dan banyak duit sedangkan aku? Lihat mereka pakai baju cantik-cantik tapi baju yang aku ada hanya buruk semata-mata. Dengan saiz badanku ini, hanya muat untuk memakai pakaian lelaki saja.Hmm

Segan nak berada di samping mereka. Aku nie tak punya rupa dan duit. Nak beli apa pun kena pikir seribu kali. Sedih kan?

Nak buat macam mana. Adikku ramai,emak sekadar berniaga nasi lemak dan abah bekerja kilang. Mana mampu menanggung keluarga kami yg seramai 9 orang itu.

Lihat rakan-rakan di sini makan sedap, aku hanya mampu merasa sedikit sahaja. Aku bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi aku tak boleh lari dari sifat cemburu dengan rakan sendiri.

Ketika aku merindukan mee rebus buatan emak,rakan ku merindukan lasagna. Ketika aku merindukan laksa buatan emak, rakan ku menginginkan lamb chop. Aku tak pernah merasa semua masakan itu. Bagi aku, apa yang mak masak itulah paling menyelerakan.

Cukuplah sampai sini rintihan hati. Banyak ingin aku tulis tapi masa tak mengizinkan.

NotaKaki : Bakal tulis lagi kalau internet tak buat masalah.

5 Mar 2013

I Have A Roomate

Masuk sahaja tahun II, aku dah berpindah ke bilik baru,blok baru. Aku dapat dua orang roomate. Sorang tue coursemate aku dan of course la aku kenal dia kan sebab aku agak rapat dengan dia tahun sebelumnya sebelum ada krisis masa pertengahan sem III dan hubungan kawan tue macam hambar. Tapi sekarang kami dah baik tapi takda la serapat dulu. Sorang lagi roomate aku budak Kimia. Dan jugak budak Suksis. Aku jarang bersembang dengan dia nie sebab entah kenapa aku pun tak tahu.

Cerita aku untuk post nie adalah pasal roomate aku yang si budak Kimia tue. Aku gelarkan dia F je la okey. Aku masa mula dapat bilik nie macam best la sebab ruang lagi luas dan selesa. Lepas tue,aku macam nak bertegur sapa la dengan roomate aku nie sebab nak menjalinkan ukhuwah sesama umat Islam la katakan. Dalam bilik tue,aku macam rapat dengan sorang lagi roomate aku yg aku gelarkan dia N. So,jarang la nak sembang kosong dengan roomate aku lagi sorang nie. Tapi aku tak kisah sangat sebab dia pun macam sibuk ja dan jarang ada di bilik.

Aku sedar kelainan dia masa minggu kedua berada dalam satu bilik. Kenapa? Sebab dia tak pernah sentuh sejadah,tak pernah sentuh kain telekung. Senang kata,dia tak pernah sembahyang la. Aku dengan N rasa macam berdosa la sebab macam buat tak tahu ja bila dia tak sembahyang tue. Tapi, dia sendiri pun takkan takda inisiatif nak sembahyang kot.

 Masa cuti midsem, roomate aku si N nie hantar la surat tegur dia sebelum pulang bercuti. Lepas tue. si F nie  hantar la SMS kat N kata dia cuba berubah. So,aku assume habis ja cuti midsem dia akan mula sembahyang la. Tapi janji tinggal janji. Tengok macam tue jugak. Hmmmm. Tapi dah tegur kan tapi dia sendiri taknak buat.

So,hari pun berlalu la. Krisis dengan N buat bilik lagi tambah sunyi. Aku dah la jarang bercakap dengan si F, bila dah ada krisis dengan N lagi la aku tak bercakap sangat. Kalau cakap pun,hanya benda penting sahaja. Tapi aku tak kisah la sebab masing-masing buat kerja sendiri suma roomate tak best la macam aku Tahun 1 dulu. Wah,rindunya bilik lama yang riuh rendah tue.

OK,skip jalan cerita. Sejak balik cuti semester baru-baru nie,aku tengok dia macam makin annoying dengan aku. Aku nie jenis tak boleh tidur dalam gelap. Kalau dah tutup lampu sebelum aku tidur,alamatnya memang berjaga la aku sampai aku terlena sendiri. So,kalau dia tutup lampu utama,aku pasang la lampu study yang cahayanya pun dah cukup terang satu bilik. Aku rasa dia annoying kot dengan perangai aku tue. Sebab kalau aku terjaga waktu malam ja,memang aku bukak la lampu study tue so terang la satu bilik. Jadi,dia tak boleh tidur. Aku mula-mula takut sebab mesti dalam hati dia dok kata bukan-bukan kat aku. Tapi aku malas ambil kisah sebab aku bukannya bercakap sangat dengan dia dan kami kenal pun sebab status sebagai roomate.

Kadang-kadang tue aku teringin perli dia yang taknak sembahyang tapi kemungkinan aku nak cakap dengan dia pun macam kemungkinan kucing bertanduk,aku padamkan je la niat tue.Hmm.

So,aku sangat-sangat tidak best dengan roomate tahun 2 nie.Kalau dapat roomate yang sempoi,ramah,cool pun best jugak kan. Oh,harap-harap la Tahun 3 nanti aku dapat hostel. Malas rasanya nak mencari rumah sewa.

NotaKaki : Lepas gian nak update selepas sekian lama gara-gara wifi macam kebangangan sikit.

Random Post 3

Tadi orang gila tue call. Aku jadi macam stress sebab dia masih menganggu aku lagi walaupun dia kata dia tak nak kacau dah. Aku tak boleh orang janji macam haram nie. Sumpah menyampah.

Just a random post sebelum aku tidur. Tadi dah lena banyak itu yang payah sikit nak lena walaupun kelas awal pagi besok.

NotaKaki : Aku rasa nak bercakap pasai roomate aku la.

22 Feb 2013

Random Post 2

Mungkin pelik kalau aku berdiam ketika mereka sedang bergelak ketawa. Tapi untuk mengembalikan mood yang sudah hilang pasti susah.

Aku masih belum list barang yang hendak dibeli. Kalau aku list pun,tahun bila entah aku nak keluar membelinya. Aku nak drive? Jangan harap la. Gara-gara takutkan parking,aku masih belum mampu memandu sekarang. Kalau aku drive,mungkin bakal ke rahmatullah agaknya.

Hari nie hari yang bosan. Kedua roomates aku lesap entah ke mana. Aku nak keluar takda siapa pulak yg mengajak. So,habiskan masa depan laptop sambil menonton korean drama yang aku rasa 4 tahun lagi baru aku habis tengok semuanya.

Seronok jadi orang kaya. Nak pergi mana-mana pun boleh. Yang tak berduit macam aku nie hanya mampu menganggur dalam bilik bertemankan laptop usang. Serius bosan. Aku rasa kalau cakap pasal nie boleh post satu entry lagi.

NotaKaki : Sekarang pun masih bosan.Ergh.

20 Feb 2013

Post Untuk Hari Lahir Lagi

Simple post sebab malas nak bebel pepanjang.

Tadi pegi dinner dengan member seuniversiti, tak disangka dapat makan kek pulak. Mereka itu belikan untuk aku dengan member sorang lagi, Esyah. Kiranya sekali kan birthday la. Seriously, aku terkejut sebab aku tak sangka mereka itu ingat birthday aku. Masing-masing bagi jawapan main-main bila aku tanya mana dapat kek sebab mustahil la nak keluar bandar melainkan kalau ada kereta sendiri.

So, tanggapan aku kata mereka tak ingat birthday aku adalah salah sama sekali. Kiranya entry sebelum nie entry lepas geram je la. Haha!

Oh, aku bagi kek dekat roomate aku guna nama Esyah. Sori Esyah.

NotaKaki : Tadi Abe Aaron wish Happy Birthday dekat aku and aku buat malu kucing pulak.Ah,terasa kejadah malu aku di tempat kejadian. Shit!

Suatu Hari di Hari Lahir

Hari lahir yg membosankan.

Aku bangun seawal 7.30 pagi. Check phone, ada beberapa miss call dari Seyha and 2-3 ketul message yg mengucapkan 'Happy Birthday'. Selepas penat bertweet seorang diri di Twitter,aku ambil keputusan untuk mandi lepas tue pergi melantak. Aku melantak sorang pun takpa sebab aku agak member aku tue mesti tengah berjimba di bandar.

Lepas mandi, dapat message member aku yang aku sebut tadi ajak makan. Siap-siap terus pergi makan. Macam biasa menu aku kalau lunch makan kentang yang entah masak apa dengan telur masin. Well,aku lebih prefer telur masin dari ayam goreng masin. Erk!

Habis makan, balik bilik dan bermula aktiviti kebosanan aku gara-gara hari nie takdak kelas. Yang menariknya, esok pulak aku kelas straight sampai 5 jam. Bijaksana betul lecturer aku sem nie.

 Seronok betul jadi member aku yang tadi sebab ada kawan yang berkereta dan dia boleh ajak pergi mana-mana sahaja. Plus,untung dia berduit sama. Bukan macam aku nie. Kalau nak keluar pun,kena fikir belanja yang keluar kalau sewa kereta la, beli barang keperluan la,beli barang ikut nafsu la. Ergh.

Sekarang dah hampir pukul 5 petang. Ulangtahun kelahiran aku akan berakhir lebih kurang 7 jam lagi. Well,setakat ini tiada seketul hadiah pun yang aku dapat (tak berharap pun sebenarnya) dan member seuniversiti aku pun hanya seorang sahaja yang wish. Oh,confirm la tak masuk list 'Kawan Sampai Mati' aku tue. Member sekolah yang satu geng dengan aku dan bersama dengan aku selama 5 tahun pun tak wish apatah lagi member seuniversiti. Mestilah mereka-mereka itu tidak ingat,bukan?

Kalau aku membebel kat sini pun, aku tak mampu berpatah balik pada jam 12 tengah malam semalam semata-mata berharap wish akan terjadi dengan lebih banyak. Ah,kemerapuan seketika di sini.

Pengajaran yang aku dapat hari nie, 'Hari lahir aku setiap tahun sangat bosan'. Mungkin kalau tak nak bosan tunggu hari mati la jawabnya. Sekian.

NotaKaki : At least dapat kek sekeping sebagai kek hari lahir pun jadi la.Hmm. Childish la aku nie.