10 Mar 2013

Sekadar Luahan Hati

Seronok mereka pergi ke Melaka. Ada mereka mengajak aku tapi kerana kekangan kelas,aku terpaksa menolak.Hmmm

Tengok mereka mengupload gambar di Facebook mahupun Twitter, sedikit pun tak timbul rasa cemburu. Melihat mereka mengupdate status di Facebook dan tweet di Twitter, rasa tak terkesan pun walau mereka mengatakan mereka sedih aku tiada. Aku rasa mereka perli aku agaknya.

Mereka rakan rapat semasa di sekolah menengah. Tapi aku nak masuk kepala dengan mereka macam kurang sikit. Mereka cantik,stylo dan banyak duit sedangkan aku? Lihat mereka pakai baju cantik-cantik tapi baju yang aku ada hanya buruk semata-mata. Dengan saiz badanku ini, hanya muat untuk memakai pakaian lelaki saja.Hmm

Segan nak berada di samping mereka. Aku nie tak punya rupa dan duit. Nak beli apa pun kena pikir seribu kali. Sedih kan?

Nak buat macam mana. Adikku ramai,emak sekadar berniaga nasi lemak dan abah bekerja kilang. Mana mampu menanggung keluarga kami yg seramai 9 orang itu.

Lihat rakan-rakan di sini makan sedap, aku hanya mampu merasa sedikit sahaja. Aku bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi aku tak boleh lari dari sifat cemburu dengan rakan sendiri.

Ketika aku merindukan mee rebus buatan emak,rakan ku merindukan lasagna. Ketika aku merindukan laksa buatan emak, rakan ku menginginkan lamb chop. Aku tak pernah merasa semua masakan itu. Bagi aku, apa yang mak masak itulah paling menyelerakan.

Cukuplah sampai sini rintihan hati. Banyak ingin aku tulis tapi masa tak mengizinkan.

NotaKaki : Bakal tulis lagi kalau internet tak buat masalah.

No comments: