Masuk sahaja tahun II, aku dah berpindah ke bilik baru,blok baru. Aku dapat dua orang roomate. Sorang tue coursemate aku dan of course la aku kenal dia kan sebab aku agak rapat dengan dia tahun sebelumnya sebelum ada krisis masa pertengahan sem III dan hubungan kawan tue macam hambar. Tapi sekarang kami dah baik tapi takda la serapat dulu. Sorang lagi roomate aku budak Kimia. Dan jugak budak Suksis. Aku jarang bersembang dengan dia nie sebab entah kenapa aku pun tak tahu.
Cerita aku untuk post nie adalah pasal roomate aku yang si budak Kimia tue. Aku gelarkan dia F je la okey. Aku masa mula dapat bilik nie macam best la sebab ruang lagi luas dan selesa. Lepas tue,aku macam nak bertegur sapa la dengan roomate aku nie sebab nak menjalinkan ukhuwah sesama umat Islam la katakan. Dalam bilik tue,aku macam rapat dengan sorang lagi roomate aku yg aku gelarkan dia N. So,jarang la nak sembang kosong dengan roomate aku lagi sorang nie. Tapi aku tak kisah sangat sebab dia pun macam sibuk ja dan jarang ada di bilik.
Aku sedar kelainan dia masa minggu kedua berada dalam satu bilik. Kenapa? Sebab dia tak pernah sentuh sejadah,tak pernah sentuh kain telekung. Senang kata,dia tak pernah sembahyang la. Aku dengan N rasa macam berdosa la sebab macam buat tak tahu ja bila dia tak sembahyang tue. Tapi, dia sendiri pun takkan takda inisiatif nak sembahyang kot.
Masa cuti midsem, roomate aku si N nie hantar la surat tegur dia sebelum pulang bercuti. Lepas tue. si F nie hantar la SMS kat N kata dia cuba berubah. So,aku assume habis ja cuti midsem dia akan mula sembahyang la. Tapi janji tinggal janji. Tengok macam tue jugak. Hmmmm. Tapi dah tegur kan tapi dia sendiri taknak buat.
So,hari pun berlalu la. Krisis dengan N buat bilik lagi tambah sunyi. Aku dah la jarang bercakap dengan si F, bila dah ada krisis dengan N lagi la aku tak bercakap sangat. Kalau cakap pun,hanya benda penting sahaja. Tapi aku tak kisah la sebab masing-masing buat kerja sendiri suma roomate tak best la macam aku Tahun 1 dulu. Wah,rindunya bilik lama yang riuh rendah tue.
OK,skip jalan cerita. Sejak balik cuti semester baru-baru nie,aku tengok dia macam makin annoying dengan aku. Aku nie jenis tak boleh tidur dalam gelap. Kalau dah tutup lampu sebelum aku tidur,alamatnya memang berjaga la aku sampai aku terlena sendiri. So,kalau dia tutup lampu utama,aku pasang la lampu study yang cahayanya pun dah cukup terang satu bilik. Aku rasa dia annoying kot dengan perangai aku tue. Sebab kalau aku terjaga waktu malam ja,memang aku bukak la lampu study tue so terang la satu bilik. Jadi,dia tak boleh tidur. Aku mula-mula takut sebab mesti dalam hati dia dok kata bukan-bukan kat aku. Tapi aku malas ambil kisah sebab aku bukannya bercakap sangat dengan dia dan kami kenal pun sebab status sebagai roomate.
Kadang-kadang tue aku teringin perli dia yang taknak sembahyang tapi kemungkinan aku nak cakap dengan dia pun macam kemungkinan kucing bertanduk,aku padamkan je la niat tue.Hmm.
So,aku sangat-sangat tidak best dengan roomate tahun 2 nie.Kalau dapat roomate yang sempoi,ramah,cool pun best jugak kan. Oh,harap-harap la Tahun 3 nanti aku dapat hostel. Malas rasanya nak mencari rumah sewa.
NotaKaki : Lepas gian nak update selepas sekian lama gara-gara wifi macam kebangangan sikit.
No comments:
Post a Comment